Tempat letak kereta jadi pusat rawatan sementara Covid-19

Bahrain mengubah suai tempat letak kereta menjadi pusat rawatan sementara untuk pesakit Covid-19. - Foto https://gulfnews.com/
Bahrain mengubah suai tempat letak kereta menjadi pusat rawatan sementara untuk pesakit Covid-19. - Foto https://gulfnews.com/
A
A
A

MANAMA - Bahrain mengubah suai tempat letak kereta menjadi pusat rawatan sementara untuk pesakit Covid-19, menempatkan unit rawatan rapi (ICU), dilengkapi alat bantuan pernafasan, siap dalam masa seminggu, lapor agensi berita Bahrain (BNA).

Tempat letak kereta yang terletak di tingkat tiga Hospital Tentera Bahrain itu dilengkapi 130 katil.

Presiden Majlis Tertinggi Kesihatan (SCH), Dr Shaikh Mohammed Abdullah Al Khalifa berkata, unit itu dilengkapi peralatan terbaik dan mengikut piawaian ditetapkan kerajaan dalam bidang kesihatan.

"Unit itu sebahagian persiapan pasukan petugas kebangsaan untuk menyediakan prosedur rawatan diperlukan bagi menangani kes jangkitan Covid-19.

"Bahrain akan menyediakan tambahan 500 katil di seluruh negara," katanya.

Langkah pencegahan lain yang turut diambil Bahrain termasuk menggunakan gelang pemantauan elektronik untuk memastikan mereka yang dikuarantin mematuhi arahan.

Di samping melancarkan aplikasi yang boleh mengenal pasti serta mengesan kontak pesakit atau lokasi yang pernah dikunjungi.- Bernama

Artikel Berkaitan: