Bilik penghawa dingin Kompleks PKNS terbakar

Bilik penghawa dingin di tingkat satu Kompleks PKNS, Seksyen 14, Shah Alam terbakar dalam kejadian petang Khamis.
Bilik penghawa dingin di tingkat satu Kompleks PKNS, Seksyen 14, Shah Alam terbakar dalam kejadian petang Khamis.
A
A
A

SHAH ALAM - Sebuah bilik penghawa dingin di tingkat satu Kompleks PKNS, Seksyen 14 di sini terbakar dalam kejadian petang Khamis.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.49 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam bergegas ke lokasi.

"Komander operasi melaporkan kebakaran membabitkan sebuah bilik penghawa dingin berkeluasan 7X7 meter persegi di tingkat satu bangunan berkenaan.

"Kerja-kerja overhaul dan pengudaraan masih dijalankan oleh anggota bomba di lokasi bagi memastikan tiada lagi punca api yang boleh mencetuskan kebakaran semula," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Anggota bomba menjalankan kerja-kerja pemadaman kebakaran.
Anggota bomba menjalankan kerja-kerja pemadaman kebakaran.

Beliau berkata, asap tebal memenuhi ruang berikutan pengudaraan yang terhad di dalam bilik berkenaan.

Menurutnya, anggaran kemusnahan akibat kebakaran bilik itu kira-kira 70 peratus.

"Operasi pemadaman membabitkan 11 anggota bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT), sebuah Aerial Ladder Platform (ALP) dan sebuah kenderaan pacuan empat roda Hilux.

Artikel Berkaitan:

"Bagaimanapun, tiada mangsa dilaporkan cedera dalam kejadian ini," tambah beliau.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!