Yakult Malaysia bawa probiotik terus ke pintu rumah

A
A
A

No Image Caption

Dalam usaha menyokong gaya hidup sihat dan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan penjagaan kesihatan usus, Yakult (Malaysia) Sdn Bhd (Yakult Malaysia) menggalakkan rakyat Malaysia menjadikan pengambilan probiotik sebagai sebahagian daripada rutin harian mereka melalui khidmat Penghantaran ke Rumah yang mudah dan dipercayai.

Kesihatan usus memainkan peranan penting bagi kesejahteraan setiap individu. Namun, kesibukan kehidupan moden sering menjadi cabaran kepada usaha mengamalkan gaya hidup dan amalan pemakanan sihat secara konsisten.

Menyedari keperluan ini, khidmat Penghantaran ke Rumah memberi peluang kepada pengguna untuk mendapatkan manfaat probiotik melalui bekalan Yakult secara berterusan.

Diperkenalkan pada tahun 1963, khidmat Penghantaran ke Rumah merupakan kaedah pengedaran unik yang menjadi identiti Yakult di seluruh dunia, termasuk di Malaysia.

Menurut Yakult Malaysia, melalui sistem itu, produk Yakult dihantar terus ke pintu rumah pelanggan oleh pasukan Wanita Yakult yang mesra dan terlatih sambil berkongsi maklumat mengenai kepentingan penjagaan usus dan gaya hidup sihat.

“Perkhidmatan ini turut membuka peluang pendapatan kepada wanita tempatan melalui peranan sebagai Wanita Yakult.

“Dengan latihan dan sokongan yang disediakan, mereka dapat menjalankan perniagaan secara fleksibel sambil membina hubungan dengan komuniti setempat,” katanya menerusi satu kenyataan.

Artikel Berkaitan:

Inisiatif tersebut bukan sahaja memperluaskan akses kepada produk Yakult, malah turut menyumbang kepada pemerkasaan ekonomi wanita.

Selain itu, perkhidmatan penghantaran ke rumah menawarkan kemudahan penghantaran percuma tanpa kuantiti pesanan minimum, sekali gus membolehkan pengguna mendapatkan bekalan Yakult secara lebih mudah, berpatutan dan konsisten.

Sejak dilancarkan, inisiatif itu telah memberi manfaat kepada ribuan keluarga di negara ini, sejajar dengan komitmen berterusan Yakult Malaysia dalam mempromosikan gaya hidup sihat melalui pendidikan kesihatan dan pengambilan probiotik harian.

Orang ramai boleh melayari laman sesawang www.yakult.com.my bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang khidmat Penghantaran Yakult ke Rumah dan membuat semakan kawasan perkhidmatan Wanita Yakult.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!