KKMM nafi dua berita tular di media sosial

A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) hari ini menafikan mengenai dua berita yang tular di media sosial.

Pasukan Respon Pantas KKMM dalam satu kenyataan hari ini berkata, Malaysian Golf Association menafikan dakwaan bahawa kerajaan membenarkan pembukaan semula kelab golf sewaktu tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dengan syarat garis panduan tertentu dipatuhi.

Selain itu, kenyataan tersebut turut menafikan mengenai maklumat sebuah pejabat kesihatan di Selangor memohon sumbangan untuk petugas 'frontliners' seperti tersebar di media sosial.

"Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat, Selangor menafikan pernah mengeluarkan hebahan untuk memohon sumbangan barangan keperluan seperti Personal Protective Equipment (PPE), minuman dan makanan untuk petugas 'frontliner'," kata kenyataan itu.

Artikel Berkaitan: