Laungan 'Maju Johor' iringi calon BN, penyokong Muda, PH berbalas sorakan di Puteri Wangsa

A
A
A

JOHOR BAHRU - Penyokong Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) dan Pakatan Harapan (PH) berbalas sorakan di pusat penamaan calon bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa di SMK Taman Dato Onn, Tebrau pada Sabtu.

Penyokong Muda yang mengiringi calon mereka, Rashifa Aljunied lantang melaungkan 'Bebas Rasuah' dan 'Bebas Sampah' menyebabkan penyokong PH turut berbalas sorakan.

Sementara itu Laungan 'Maju Johor' mengiringi calon Barisan Nasional (BN), Teow Chia Ling.

Chia Ling yang berbaju biru lembut ditemani Naib Presiden MCA, Datuk Tan Teik Cheng dan ratusan penyokongnya di SMK Taman Dato Onn, Tebrau.

AKAN MENYUSUL

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!