Pemandu Honda Jazz sebab kematian tiga remaja diperintah ke Henry Gurney, bayar pampasan RM2,000
24 Jun 2026 | Berita Semasa Video
A
A
A
Selepas setahun tragedi tiga remaja maut dirempuh pemandu Honda Jazz bawah umur dalam kejadian di Senawang tahun lalu, Mahkamah Majistret Seremban pada Rabu memerintahkan pesalah muda tersebut dihantar ke Sekolah Henry Gurney selama tempoh tiga tahun.
Majistret, Nurul Azuin Mohd Talhah menjatuhkan hukuman berkenaan selepas remaja lelaki yang kini berusia 18 tahun sembilan bulan itu membuat pengakuan bersalah di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 Kanun Keseksaan.
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #kemalangan
