Kemalangan 10 kenderaan, polis siasat dakwaan pemandu diserang sawan

Tangkap layar dari video tular menunjukkan kenderaan dipandu wanita merempuh kereta dan motosikal.
Tangkap layar dari video tular menunjukkan kenderaan dipandu wanita merempuh kereta dan motosikal.
A
A
A

SUNGAI PETANI - Polis sedang menjalankan siasatan terhadap pemandu yang disyaki mengakibatkan kemalangan membabitkan 10 buah kenderaan di lampu isyarat dekat Taman Sejati Indah di sini jam lebih kurang 9 malam Selasa.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, siasatan lanjut akan dijalankan berhubung dakwaan mengatakan wanita berusia 30-an itu diserang sawan ketika kejadian.

Menurutnya, kemalangan membabitkan empat buah kereta dan enam buah motosikal namun peratus kerosakan dialami bagi setiap kenderaan masih dalam siasatan.

Kenderaan dipandu wanita berusia 30-an terbabas ke kanan jalan.
Kenderaan dipandu wanita berusia 30-an terbabas ke kanan jalan.

"Pemandu wanita itu dipercayai memandu kereta dari arah terowong Taman Sejati Indah menghala ke Taman Seri Gedong, apabila sampai ke Jalan Jati 1, kenderaan dipandu sedang bergerak lurus menghala lampu isyarat, tiba-tiba terlanggar belakang sebuah kenderaan yang sedang berhenti lampu merah.

"Keadaan itu menyebabkan tiga lagi bahagian belakang kenderaan di hadapan terjejas, dalam masa sama, kereta dipandu wanita terbabit terbabas ke kanan jalan sehingga melanggar enam buah motosikal yang sedang diparkir di bahu jalan," katanya.

Motosikal yang diparkir, dilanggar pemandu wanita dalam kejadian Selasa.
Motosikal yang diparkir, dilanggar pemandu wanita dalam kejadian Selasa.

Artikel Berkaitan:

Menurut Hanyan, pemandu tiga buah kereta lain tidak mengalami kecederaan manakala pemandu wanita dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.

Beliau berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan berhubung kejadian.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!