Pegawai tadbir mengaku tidak bersalah tujuh pertuduhan pecah amanah, tipu sumbangan
23 Jun 2026 | Berita Semasa Video
A
A
A
Seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh pada Selasa atas tujuh pertuduhan membabitkan kesalahan menyalahgunakan wang persatuan dan menipu beberapa individu bagi mendapatkan sumbangan yang kemudiannya digunakan untuk kepentingan peribadi.
Tertuduh, Puhnitha Devi Durairaju, 43, membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Elesabet Paya Wan.
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Tipu #Mahkamah
