Bersatu sedia hadapi Pas - Muhyiddin

Muhyiddin mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi di Ibu Pejabat Bersatu di Petaling Jaya pada Selasa.
Muhyiddin mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi di Ibu Pejabat Bersatu di Petaling Jaya pada Selasa.
A
A
A

PETALING JAYA - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sedia berhadapan dengan Pas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sekiranya kedua-dua parti itu bertanding di kerusi yang sama.

Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Bersatu tidak mahu sebarang konflik dalam Perikatan Nasiona (PN), namun parti itu bersedia dengan sebarang kemungkinan berikutan keputusan Pas memutuskan kerjasama politik dengan Bersatu.

"Itu keputusan berdasarkan pertimbangan mereka, kita terima dan kita sudah pun buat kenyataan rasmi bahawa keputusan itu dibuat oleh Pas, bukannya Bersatu.

"Kita bersedia untuk berjuang, apa yang hendak takut sangat kerana inilah politik, kita akan hadapi dan kita berjaya," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) di Ibu Pejabat Bersatu di sini pada Selasa.

Muhyiddin menyampaikan watikah pelantikan ketua bahagian sebelum mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi di Ibu Pejabat Bersatu di Petaling Jaya pada Selasa.
Muhyiddin menyampaikan watikah pelantikan ketua bahagian sebelum mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi di Ibu Pejabat Bersatu di Petaling Jaya pada Selasa.

Menurut beliau, sehingga kini tiada 'musyawarah' bersama Pas diadakan berhubung kerusi yang ditandingi dalam PRN Johor.

Tambah Muhyiddin, fokus perjuangan parti adalah kepentingan dalam membela nasib rakyat.

"Rakyat sudah bijak dan boleh menilai, mereka boleh mendengar apa yang saya kata dan Pas kata.

Artikel Berkaitan:

"Yang penting adalah rakyat dengan situasi semasa amat menyulitkan dari segi kos sara hidup, bebanan yang ditanggung," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Tiada mana-mana pihak boleh singkirkan Bersatu' - Muhyiddin

Pada masa sama, Ahli Parlimen Pagoh itu turut menyindir sesetengah pihak yang menyatakan PN dimiliki oleh mereka.

"Kita masuk pilihan raya untuk membantu dan membela nasib rakyat yang susah.

"Tetapi kita sudah biasa pakai logo PN, bendera itu pun kita yang buat, dah naik seluruh negara. Ada orang nak dakwa dia punya, selepas nak suruh kita berambus daripada rumah kita sendiri.

"Tapi tak apalah, itu politik kita terima. Kita tidak mahu berburuk sangka. Kita akan bekerja keras dan meminta rakyat Johor serta Negeri Sembilan memberi sokongan kepada Perikatan Nasional dan Bersatu," katanya lagi.

Muhyiddin turut menegaskan hubungan Bersatu dengan parti Gerakan Rakyat Malaysia dan Parti Rakyat India Malaysia (MIPP) kekal erat dan komunikasi antara pemimpin parti berlangsung seperti biasa.

"Pas menyatakan mereka memutuskan hubungan dengan Bersatu, bukan dengan MIPP atau Gerakan. Tetapi kami bertiga masih berkawan baik.

"Mereka masuk dahulu pun kita terima dengan baik. Jadi hubungan itu akan terus kita kekalkan," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!