Itali lanjut 'lockdown' sehingga 3 Mei

Giuseppe Conte -Foto AFP
Giuseppe Conte -Foto AFP
A
A
A

ROM - Perdana Menteri Itali, Giuseppe Conte semalam mengumumkan lockdown di seluruh negara dilanjutkan sehingga 3 Mei memandangkan negara masih berjuang melawan penularan wabak koronavirus (Covid-19), lapor agensi berita Anadolu.

Sebelum ini, kerajaan mengumumkan perintah lockdown berkuat kuasa sehingga 13 April.

Conte dalam satu sidang akhbar disiarkan stesen televisyen berkata, keputusan itu sebahagian daripada dekri darurat baharu selepas berunding dengan saintis, pemimpin serantau dan perniagaan.

Hanya beberapa aktiviti dibenarkan dibuka semula mulai 14 April termasuk kedai buku dan alat tulis serta kedai pakaian bayi dan kanak-kanak.

"Ia keputusan yang sukar tetapi perlu dilakukan untuk itu saya bertanggungjawab sepenuhnya.

"Kita tidak boleh menghentikan usaha yang sudah dibuat selama ini, jika kita mengalah sekarang...kita terpaksa mula balik dari awal," katanya.

Itali semalam melaporkan 570 kematian menjadikan jumlah keseluruhan seramai 18,849 orang maut, kekal tertinggi di dunia. - Bernama

Artikel Berkaitan: