Gempa bumi kuat di Sulawesi, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia

Satu gempa bumi kuat berukuran 6.9 magnitud melanda wilayah Sulawesi, Indonesia pada 11.27 pagi tadi. Gambar hiasan
Satu gempa bumi kuat berukuran 6.9 magnitud melanda wilayah Sulawesi, Indonesia pada 11.27 pagi tadi. Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Satu gempa bumi kuat berukuran 6.9 magnitud melanda wilayah Sulawesi, Indonesia pada 11.27 pagi tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan memaklumkan gempa itu berlaku pada kedalaman 10 kilometer (km) dengan pusat gempa dikesan di 41 km tenggara Palu, Indonesia.

Menurut MetMalaysia, penilaian awal mendapati tiada ancaman tsunami kepada Malaysia. - Bernama

 

 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!