Gempar buaya terperangkap dalam longkang

Anggota bomba sedang menjalankan kerja menangkap buaya berkenaan.
Anggota bomba sedang menjalankan kerja menangkap buaya berkenaan.
A
A
A

KUALA LANGAT - Penduduk di kawasan Sungai Manggis, Banting digemparkan dengan kehadiran seekor buaya sepanjang lebih 3 meter yang ditemui terperangkap dalam longkang berdekatan sebuah stesen minyak di sini pada Ahad.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 9.07 pagi.

Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Banting dikejarkan ke lokasi dan tiba kira-kira lima minit kemudian.

"Komander operasi melaporkan terdapat seekor buaya dianggarkan sepanjang 10 kaki atau lebih 3 meter berada di dalam longkang berhampiran jalan raya.

Seekor buaya sepanjang lebih 3 meter yang ditemui terperangkap dalam longkang.
Seekor buaya sepanjang lebih 3 meter yang ditemui terperangkap dalam longkang.

"Operasi menangkap reptilia itu kemudian dijalankan oleh anggota bomba yang berada di lokasi," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, operasi berkenaan melibatkan seramai lapan anggota terlibat dalam operasi itu dengan bantuan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah kenderaan pacuan empat roda Hilux.

"Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian ini," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!