Polis sahkan terima laporan anggota tentera dibaling objek

Mazlan Lazim
Mazlan Lazim
A
A
A

KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan ada menerima satu laporan berkaitan anggota tentera yang sedang bertugas di bangunan Selangor Mansion dibaling objek.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, laporan Polis dibuat oleh pengadu kerana anggotanya memaklumkan tentang perbuatan segelintir penghuni Selangor Mansion yang membaling objek seperti botol, bungkusan sampah dan pasu bunga.

“Tiada sebarang kecederaan dilaporkan. Keadaan keselamatan di kawasan tersebut adalah terkawal.

“Rakaman percakapan pengadu telah pun dilakukan dan siasatan lanjut akan dijalankan oleh pihak Polis Kuala Lumpur,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Askar dibaling 'objek' ketika bertugas

Mazlan berkata, tindakan tegas dan sewajarnya akan diambil terhadap mana-mana penghuni yang didapati terlibat dalam kes yang dilaporkan tersebut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 511 dan Seksyen 324 kanun keseksaan iaitu cuba mendatangkan cedera kepada penjawat awam dengan membaling botol dan pasu bunga,” katanya.

Menurutnya, Polis Kuala Lumpur amat mengharapkan kerjasama semua pihak supaya mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan demi memutuskan rangkaian jangkitan Covid-19 ini.

Artikel Berkaitan:

"Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan atau pun maklumat boleh menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana- mana balai polis berhampiran.," katanya