Individu dari Singapura perlu buat saringan

Laporan statistik Covid-19 di Terengganu
Laporan statistik Covid-19 di Terengganu
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) meminta semua rakyat negeri ini yang baharu pulang dari Singapura mulai 1 April lalu untuk tampil di mana-mana klinik kesihatan atau hospital untuk membuat pemeriksaan.

Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis (CPRC) JKNT dalam satu kenyataan berkata, langkah itu dibuat susulan peningkatan mendadak kes koronavirus (Covid-19) di Singapura.

"Pemeriksaan itu dibuat tanpa mengira sama ada anda telah disaring atau tidak di Singapura atau negeri lain.

"Pihak kami juga memohon kerjasama orang ramai yang mengetahui mana-mana individu yang baru pulang dari Singapura untuk menyalurkan maklumat tersebut ke Bilik Gerakan (CPRC), Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu melalui talian 09-6229775," menurut kenyataan itu.

Untuk rekod, berdasarkan laporan Bilik Gerakan Bencana Negeri Terengganu, terdapat 98 kes positif Covid-19 di negeri ini dengan 19 daripadanya sembuh dan 1 kes kematian direkodkan sehingga awal pagi tadi.

Artikel Berkaitan: