Di mana Ameera Farhana

Ameera Farhana dilaporkan hilang sejak Selasa dan polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan remaja terbabit. Foto: Polis
Ameera Farhana dilaporkan hilang sejak Selasa dan polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan remaja terbabit. Foto: Polis
A
A
A

SUNGAI BULOH - Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang di sini sejak Selasa.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, laporan kehilangan itu dibuat oleh ibu mangsa pada jam 10.45 malam selepas mendapati anak perempuannya yang berusia 14 tahun sebulan tiada di rumah.

Menurutnya, remaja berkenaan ialah Ameera Farhana Abdullah dan kali terakhir dilihat di Jalan Gajah 2, Kampung Kubu Gajah, Sungai Buloh.

"Pakaian terakhir dipakai remaja itu ialah kemeja-T berwarna coklat, seluar jean biru muda, bertudung hitam dan membawa beg galas.

"Remaja itu berketinggian kira-kira 148 sentimeter, berat 49 kilogram serta berkulit sawo matang," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, pihak polis meminta kerjasama orang ramai yang menemui atau mempunyai sebarang maklumat mengenai kedudukan remaja berkenaan supaya menghubungi balai polis berhampiran.

Katanya, maklumat juga boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat, Sarjan Muhamad Rais Azmi di talian 016-9495707.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!