Nahas lima maut: Remaja 19 tahun pandu Mercedes-Benz A250 direman dua hari

Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun ditahan reman selama dua hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kemalangan maut yang mengorbankan lima nyawa, termasuk empat sekeluarga di Jalan Renggam-Simpang Renggam, di sini semalam. Foto Bernama
Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun ditahan reman selama dua hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kemalangan maut yang mengorbankan lima nyawa, termasuk empat sekeluarga di Jalan Renggam-Simpang Renggam, di sini semalam. Foto Bernama
A
A
A

BATU PAHAT - Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun ditahan reman selama dua hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kemalangan maut yang mengorbankan lima nyawa, termasuk empat sekeluarga di Jalan Renggam-Simpang Renggam, di sini semalam.

Perintah reman hingga esok itu dikeluarkan oleh Majistret Mustaqim Sukarno di Mahkamah Majistret Batu Pahat bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Terdahulu, suspek yang juga pemandu kereta jenis Mercedes-Benz A250, dan berpakaian lokap berwarna coklat, tiba di pekarangan mahkamah kira-kira 10.20 pagi dengan diiringi pegawai polis.

Semalam, polis mengesahkan penahanan remaja berkenaan susulan nahas ngeri yang membabitkan lima kenderaan berkenaan.

 Suspek yang juga pemandu kereta jenis Mercedes-Benz A250 direman.
Suspek yang juga pemandu kereta jenis Mercedes-Benz A250 direman.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioer Bahrin Mohd Noh dilapor berkata siasatan awal mendapati suspek disyaki memandu kenderaannya secara melulu bersama-sama sebuah kereta BMW 530e yang dipandu oleh abangnya berusia 22 tahun.

ARTIKEL BERKAITAN:Empat maut nahas lima kenderaan

Lima maut, BMW hilang kawalan rempuh empat kenderaan

Artikel Berkaitan:

Nahas empat sekeluarga maut berpunca dua kereta mewah pandu laju, melulu - Polis

'Arwah masih bersedih selepas kehilangan ayahnya dua minggu lepas' - Ibu saudara mangsa nahas maut di Simpang Renggam

Terkilan tidak sempat bergambar dengan ibu saudara sempena Aidiladha - Anak saudara

Nahas di Simpang Renggam: Seorang lagi maut kereta masuk gaung, pemandu Mercedes Benz ditahan

Nahas empat sekeluarga maut berpunca dua kereta mewah pandu laju, melulu - Polis

Kemalangan maut Simpang Renggam: Jenazah empat sekeluarga dikebumi satu liang lahad

Beliau berkata, kemalangan pada 1.15 tengah hari itu berlaku apabila BMW 530e hilang kawalan di lokasi kejadian sebelum memasuki laluan bertentangan dan melanggar Perodua Alza, Toyota Vios, Proton Wira dan sebuah lagi Mercedes-Benz.

Akibat daripada perlanggaran itu, empat sekeluarga termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian kepala dan badan.

Sementara itu, abang suspek yang memandu kenderaan BMW 530e berkenaan dilaporkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital akibat kecederaan parah yang dialaminya. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!