Malaysia kekal unggul, raih Anugerah Labbaittom kali kelima
30 Mei 2026 | Berita Semasa Video
A
A
A
Malaysia terus mengekalkan kecemerlangan dalam pengurusan haji apabila berjaya meraih Anugerah Labbaittom buat tahun kelima berturut-turut, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara model pengurusan haji terbaik di peringkat antarabangsa.
Lebih membanggakan, bagi musim haji 1447H/2026M, negara sekali lagi menerima pengiktirafan tertinggi kategori Diamond daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi, menjadikannya kemenangan kedua berturut-turut dalam kategori berprestij berkenaan.
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Haji #TabungHaji #Anugerah #Labbaittom
