'Saya terkejut nampak lengan anak putus, tersangkut di bonet kereta'

Zurul Azli berkata, dia bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan memaklumkan anaknya, Muhammad Luqman Zurul Azli, 19, terlibat dalam kemalangan.
Zurul Azli berkata, dia bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan memaklumkan anaknya, Muhammad Luqman Zurul Azli, 19, terlibat dalam kemalangan.
A
A
A

PASIR MAS – Seorang bapa tidak mampu melupakan detik menyayat hati apabila melihat kesan kemalangan yang meragut nyawa anak sulungnya dalam nahas di Jalan Lubok Gong-Jeram Perdah di sini, petang kelmarin.

Tukang cat, Zurul Azli Awang, 48, berkata, dia bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan memaklumkan anaknya, Muhammad Luqman Zurul Azli, 19, terlibat dalam kemalangan.

Menurutnya, sebaik tiba di lokasi, dia tergamam melihat keadaan selepas nahas yang menimpa anaknya itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Tragedi Aidiladha: Remaja maut, lengan putus

Maut putus lengan: Dua pasangan pengantin batal hasrat bersanding

Ahli keluarga melihat gambar Allahyarham. Foto Adila Sharini Wahid
Ahli keluarga melihat gambar Allahyarham. Foto Adila Sharini Wahid

“Apabila sampai di lokasi kejadian, saya terkejut melihat bahagian lengan kanan anak tersangkut di depan kereta jenis Honda Jazz dipandu seorang lelaki.

“Muhammad Luqman pula sudah meninggal dunia akibat kecederaan parah yang dialaminya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Gual Sitok di sini.

Artikel Berkaitan:

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang pada hari pertama Hari Raya Aidiladha itu, mangsa meninggal dunia di lokasi selepas motosikal Honda EX5 yang ditunggangnya terlibat dalam perlanggaran dengan sebuah Honda Jazz.

Mangsa, Muhammad Luqman Zurul Azli, 19, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Mangsa, Muhammad Luqman Zurul Azli, 19, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Menurut Zurul Azli, anaknya keluar dari rumah sekitar jam 4.45 petang selepas menunaikan solat Asar untuk beraya bersama rakan-rakannya.

Katanya, kira-kira 15 minit kemudian, dia menerima panggilan telefon daripada seorang rakan yang memaklumkan mengenai kemalangan tersebut.

“Pemergian arwah memberi kesan besar kepada keluarga. Malah, majlis persandingan dua ahli keluarga yang dijadualkan berlangsung hari ini terpaksa dibatalkan bagi menghormati arwah,” katanya.

Sementara itu, ibu mangsa, Liza Ariffin, 44, berkata, sebelum keluar rumah, anak sulung daripada tiga beradik itu sempat meminta RM5 untuk membeli minuman.

Seorang remaja lelaki maut dalam keadaan tragis dengan lengan kanan terputus selepas motosikal ditunggangnya bertambung dengan sebuah kereta.
Seorang remaja lelaki maut dalam keadaan tragis dengan lengan kanan terputus selepas motosikal ditunggangnya bertambung dengan sebuah kereta.

Menurutnya, arwah turut menunjukkan beberapa perubahan sikap yang mengundang perhatian keluarga sebelum kejadian.

“Arwah pernah memberitahu ibu saudaranya bahawa dia tidak mahu membeli baju baharu kerana akan pergi jauh.

“Sehari sebelum kejadian, arwah juga dikatakan bercakap dengan motosikalnya sambil membalut kenderaan itu menggunakan selimut,” katanya.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mazlan Hassan berkata, siasatan awal mendapati mangsa dipercayai menunggang motosikal dengan laju sebelum hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan.

Liza menunjukkan gambar kenangan anak sulungnya, Muhammad Luqman. Foto Adila Sharini Wahid
Liza menunjukkan gambar kenangan anak sulungnya, Muhammad Luqman. Foto Adila Sharini Wahid

Menurutnya, keadaan itu menyebabkan motosikal yang ditunggang mangsa bertembung dengan sebuah Honda Jazz yang berada di laluannya yang sah.

“Mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tragedi Aidiladha: Remaja maut, lengan putus

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!