Platinum Victory tawar hadiah cabutan bertuah hingga RM10,888

Platinum Victory menawarkan pengalaman pemilikan hartanah lebih bermakna dan menyeronokkan melalui 'Stallion Fortune Lucky Draw'.
Platinum Victory menawarkan pengalaman pemilikan hartanah lebih bermakna dan menyeronokkan melalui 'Stallion Fortune Lucky Draw'.
A
A
A

SHAH ALAM - Platinum Victory baru-baru ini menganjurkan acara cabutan bertuah 'Stallion Fortune Lucky Draw' di galeri jualan PV22 Residences yang menawarkan hadiah wang tunai kepada pembeli bertuah.

Acara yang mendapat sambutan menggalakkan itu menyaksikan galeri jualan dipenuhi pengunjung yang hadir bagi merebut peluang memenangi hadiah wang tunai bernilai antara RM1,888 hingga RM10,888.

Pengunjung turut berpeluang memutar Lucky Drum dalam suasana penuh keterujaan, sekali gus menjadikan pengalaman pemilikan hartanah lebih bermakna dan menyeronokkan.

Antara pemenang bertuah ialah pembeli PV22 Residences dikenali sebagai Ko yang membawa pulang wang tunai RM5,888.

Beliau berkongsi keterujaan kerana sudah lama mengenali jenama Platinum Victory sejak zaman universiti ketika menetap di PV Setapak.

"Saya sangat biasa dengan persekitaran hidup yang meriah di sini dan ia sentiasa menjadi lokasi ideal untuk didiami," katanya.

Antara pembeli bertuah membawa pulang hadiah wang tunai.
Antara pembeli bertuah membawa pulang hadiah wang tunai.

Sementara itu, dua pembeli PSV2 Residences yang masing-masing dikenali sebagai Ashima dan Mariah memenangi hadiah utama bernilai RM10,888.

Kedua-duanya menyifatkan lokasi strategik projek serta tahap aksesibiliti yang baik sebagai antara faktor utama memilih kediaman berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Menurut Mariah, susun atur PSV2 yang luas dan selesa amat sesuai dengan gaya hidup keluarganya.

“Perkara itu menjadi antara sebab utama saya membuat keputusan membeli kediaman ini,” ujarnya.

Dalam pada itu, Platinum Victory memaklumkan kempen ganjaran tunai 'Stallion Fortune 2026' masih diteruskan bagi memberi peluang kepada lebih ramai pembeli memiliki kediaman impian.

Orang ramai yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut menerusi laman web platinumvictory.com atau mengunjungi Galeri Jualan PV22 Residences serta PSV Sales Gallery.

Kempen tersebut tertakluk kepada terma dan syarat serta hanya sah bagi projek yang mengambil bahagian untuk tempahan dan perjanjian jual beli (SPA) yang ditandatangani bermula 1 Januari hingga 31 Disember 2026.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!