Disney Breakfast Besties Pop Up pertama Malaysia kini di Resorts World Genting

Pengunjung boleh melihat secara langsung pesanan disediakan di stesen Magical Sips.
Pengunjung boleh melihat secara langsung pesanan disediakan di stesen Magical Sips.
A
A
A

WORLD Genting (RWG) membawakan pengalaman 'sarapan' yang tidak pernah dirasai menerusi Disney Breakfast Besties Pop Up pertama di Malaysia bermula 22 Mei hingga 28 Jun depan.

Sepanjang tempoh itu, kawasan tanah tinggi tersebut berubah menjadi dunia sarapan penuh ceria menggabungkan plushie berinspirasikan Disney, budaya sarapan tempatan dan keseronokan keluarga dalam satu destinasi menarik.

Acara berlangsung di Kimhua Atrium yang diubah menjadi pusat sarapan penuh meriah, warna-warni, muzik dan pelbagai kejutan menarik.

Antara tarikan utama termasuklah Breakfast Hub Plush Experience iaitu sebuah pengalaman pembelian interaktif yang membolehkan pengunjung menyaksikan 'chef' bertenaga menyediakan dan membungkus pembelian secara langsung di hadapan mereka.

Pelbagai pilihan koleksi plushie boleh dibeli pengunjung di Breakfast Market Pop-Up Store.
Pelbagai pilihan koleksi plushie boleh dibeli pengunjung di Breakfast Market Pop-Up Store.

Pengalaman tersebut ditawarkan setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam kepada pengunjung yang membeli pakej tiga atau empat plushies Disney Breakfast Besties.

Pengunjung juga boleh turut sama bersorak dan memeriahkan suasana, sekali gus menjadikan setiap pembelian plushies seolah-olah pesanan sarapan sebenar.

Dalam masa sama, peminat Disney dan pengumpul koleksi berpeluang mendapatkan pelbagai koleksi menarik di Breakfast Market Pop-Up Store yang menawarkan produk diinspirasikan daripada menu sarapan tempatan.

Artikel Berkaitan:

Suasana acara turut dimeriahkan dengan pelbagai sudut fotografi dan aktiviti menarik berinspirasikan Disney Breakfast Besties seperti Mickey Kopi, Disney Baked Goods dan permainan 'Pau Tac Toe'.

Pengunjung juga boleh menyertai Passport Journey menerusi beberapa cabaran bertemakan Disney Breakfast Besties seperti 'Teh Tarik Toss', 'Find Your Kaya Toast' dan 'Make Your Sandwich'.

Mereka yang berjaya melengkapkan ketiga-tiga cabaran akan menerima pelekat koleksi sebagai sebahagian daripada pengalaman.

Cabaran Teh Tarik Toss.
Cabaran Teh Tarik Toss.

Kemeriahan diteruskan setiap hujung minggu menerusi Persembahan Teh Tarik yang menampilkan aksi penuh gaya, tenaga dan aksi menghiburkan bagi menyerikan acara bertemakan sarapan tersebut.

Bagi keluarga mahu menikmati aktiviti dalam suasana lebih santai dan menyeronokkan, bengkel Art Corner dan Origami Corner turut disediakan sepanjang acara berlangsung.

Ahli Genting Rewards berbelanja minimum RM100 atau bukan ahli dengan perbelanjaan minimum RM150 melalui maksimum dua resit di mana-mana outlet resort atau Breakfast Market layak menyertai bengkel berkenaan.

Selain itu, program Spend & Redeem menambahkan lagi kemeriahan dengan tawaran barangan bertemakan Disney kepada pengunjung dengan pembelian minimum RM500 bagi ahli Genting Rewards Card dan RM700 bagi bukan ahli.

Maklumat lanjut boleh didapati menerusi rwgenting.com atau platform media sosial rasmi resort itu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!