Pesawat terpaksa alih laluan kerana penumpang lelaki gigit kru kabin

SYDNEY - Qantas terpaksa mengalihkan penerbangan menuju ke Dallas, Amerika Syarikat (AS) kerana 'gangguan melampau' seorang penumpang.
Ketika kejadian pada Jumaat, pesawat yang berlepas dari Melbourne dilaporkan melakukan pendaratan di Papeete, Polinisia Perancis setelah penumpang tersebut menggigit kru kabin secara tiba-tiba.
Beberapa penumpang lain kemudiannya bertindak segera menahan pelaku sebelum diberkas pihak berkuasa sejurus pesawat mendarat.
Akibat tindakannya, lelaki tersebut berdepan larangan menaiki kesemua pesawat Qantas.
"Keselamatan pelanggan dan anak kapal kami adalah keutamaan utama dan kami tidak bertolak-ansur dengan sebarang tingkah laku yang mengganggu atau mengancam dalam penerbangan kami,” kata jurucakap Qantas pada hari Ahad. - AFP
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

