Aksi memadu asmara di taman awam disiar secara langsung

TAIPEI - Sepasang lelaki dan wanita berdepan detik memalukan apabila perbuatan tidak senonoh mereka di sebuah taman awam disiarkan secara langsung.
Kejadian itu berlaku di Taman Negara Yangmingshan di Taiwan selepas aksi mereka dipaparkan secara live stream di YouTube pada minggu lalu.
Pasangan itu tidak menyedari setiap gerak-geri mereka dirakamkan sehinggalah mereka melakukan hubungan seksual dan disaksikan pengguna lain di platform perkongsian video tersebut.
Menurut Taipei Times, lelaki berkenaan telah dikenal pasti dan dipanggil pihak berkuasa untuk disoal siasat.
Dia bakal berdepan dakwaan melakukan perbuatan tidak bermoral di tempat umum.
Jika disabit bersalah, lelaki tersebut boleh berdepan hukuman penjara 12 bulan dan denda NT$9,000 (RM1,100).
Insiden itu telah menjadi tular dan ramai pengunjung berpusu-pusu ke lokasi berkenaan. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

