Umat Islam di Malaysia sambut Aidiladha pada 27 Mei

Pemangku Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja, Muhammad Affendi Jalaludin
Pemangku Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja, Muhammad Affendi Jalaludin
A
A
A

KUALA LUMPUR - Umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidiladha pada 27 Mei ini, menurut Pemangku Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja, Muhammad Affendi Jalaludin.

Menerusi pengumuman yang disiarkan Radio Televisyen Malaysia malam ini, beliau turut mengisytiharkan 1 Zulhijah 1447H jatuh pada esok (Isnin).

"Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka saya bagi pihak Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia dengan ini mengisytiharkan 1 Zulhijah 1447H ialah pada 18 Mei 2026 Masihi.

"Oleh yang demikian, Aidiladha pada 10 Zulhijah bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ditetapkan pada Rabu, 27 Mei 2026 Masihi," katanya.- Bernama 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!