Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lapan negeri

MetMalaysia keluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang lapan di negeri. Foto hiasan
MetMalaysia keluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang lapan di negeri. Foto hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR – Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda lapan negeri serta Wilayah Persekutuan Labuan hingga 12 tengah hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi amaran yang dikeluarkan pada jam 9 pagi memaklumkan, keadaan cuaca itu dijangka berlaku di seluruh Perlis, Kedah dan Pulau Pinang selain Labuan.

Di Perak, kawasan yang diramal terjejas meliputi daerah Kerian; Larut, Matang dan Selama; Hulu Perak serta Kuala Kangsar.

Bagi negeri Pahang, amaran dikeluarkan untuk kawasan Rompin, manakala di Johor melibatkan daerah Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Sementara itu di Sabah, cuaca sama dijangka berlaku di kawasan Pedalaman (Kuala Penyu) dan Tawau (Tawau). – Bernama

 

 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!