Anggota APM ikuti latihan asas renang, kendali bot

Latihan dijalankan di Pantai Merdeka, Kota Kuala Muda.
Latihan dijalankan di Pantai Merdeka, Kota Kuala Muda.
A
A
A

KOTA KUALA MUDA – Seramai 68 anggota termasuk 25 wanita dari Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kuala Muda menyertai Latihan Asas Renang dan Pengendalian Bot di Pantai Merdeka, semalam.

Pegawai Pertahanan Awam Kuala Muda, Kapten (PA) Azahar Ahmad berkata, latihan bertujuan memantapkan kemahiran selain meningkatkan ilmu pengetahuan sebagai persediaan operasi menyelamat dilaksanakan.

“APM mempersiapkan diri dalam menghadapi bencana melibatkan air di mana latihan ini membentuk diri ke arah menghadapi apa jua kecemasan dan bencana di samping menyelamatkan nyawa dan harta awam.

“Dengan semangat kesukanan yang tinggi, ia dapat memerpercepatkan lagi hasrat membentuk satu pasukan beruniform yang tegap dan mampu menghasilkan tugas terbaik kepada orang awam,” katanya.

Antara yang dijalankan termasuk memberi pendedahan kemahiran asas renang dan pengendalian bot, melatih anggota dalam mengendalikan masa dan disiplin semasa latihan serta melatih semangat setiakawan dan kerjasama berpasukan.

Artikel Berkaitan: