Soalan lazim berkaitan Program Subsidi Upah

No Image Caption
A
A
A

KEMENTERIAN Sumber Manusia (KSM) mengeluarkan soalan lazim (FAQ) bagi menjawab pertanyaan berhubung Program Subsidi Upah.

Berikut adalah jawapan bagi setiap pertanyaan tersebut:

1. Apakah Program Subsidi Upah?

Subsidi Upah adalah bantuan kewangan yang dibayar kepada majikan setiap perusahaan bagi setiap pekerja tempatan yang bergaji RM4,000 dan ke bawah untuk tempoh tiga bulan sahaja. Tujuan Program Subsidi Upah ialah untuk membantu majikan yang terkesan dari segi ekonomi akibat Covid-19 supaya dapat meneruskan operasi syarikat serta mengelakkan pekerja hilang pekerjaan dan punca pendapatan bagi semua perusahaan.

2. Bilakah Program Subsidi Upah mula berkuatkuasa dan bila ia berakhir?

Program Subsidi Upah mula berkuatkuasa pada 1 April 2020. Tempoh Program Subsidi Upah adalah selama tiga bulan bermula 1 April 2020 atau mengikut bulan permohonan dikemukakan. Tarikh akhir permohonan Program Subsidi Upah adalah pada 15 September 2020.

3. Apakah penambahbaikan Program Subsidi Upah yang diumumkan pada 6 April 2020?

Program Subsidi Upah yang diumumkan pada 6 April 2020 adalah menggantikan Program Subsidi Upah yang telah diumumkan pada 27 Mac 2020.

Artikel Berkaitan:

4. Siapakah yang TIDAK LAYAK memohon Program Subsidi Upah?

a) Majikan atau perusahaan yang mendaftar dan beroperasi pada atau selepas 1 Januari 2020;

b) Majikan dan pekerja yang belum berdaftar atau mencarum dengan Perkeso;

c) Pekerja yang telah mendapat bantuan kewangan Program Pengekalan Pekerjaan (ERP) pada bulan yang sama;

d) Pekerja yang bergaji bulanan melebihi RM4,000;

e) Pekerja yang telah diberhentikan kerja;

f) Pekerja sektor awam, badan berkanun persekutuan dan negeri, semua badan berkanun yang diasingkan saraan, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan mereka yang bekerja sendiri (tidak mempunyai majikan) termasuk freelancers; serta

g) Pekerja asing dan pegawai dagang (expatriate).

5. Bagi permohonan Program Subsidi Upah, apakah dokumen yang diperlukan?

Dokumen yang diperlukan untuk permohonan Program Subsidi Upah

ialah:

i. Senarai nama pekerja (mengikut had kelayakan saiz perusahaan);

ii. Maklumat akaun bank majikan (Salinan muka depan Penyata Bank sahaja);

iii. Maklumat Business Registration Number (BRN) yang didaftarkan oleh majikan ketika pembukaan akaun bank seperti di 5

(ii) di atas. Sila rujuk pihak bank;

iv. Salinan pendaftaran SSM / ROS / ROB / pihak berkuasa Perkhidmatan Profesional, Saintifik atau Teknikal / Lesen Perniagaan;

v. Akuan Pengisytiharan PSU50; dan

vi. **Dokumen sokongan seperti penyata kewangan atau laporan jualan yang telah disahkan oleh pihak pengurusan atau lain-lain dokumen berkaitan.

6. Apakah yang dimaksudkan dengan maklumat Business Registration Number (BRN) yang perlu diperolehi daripada pihak bank?

- Maklumat Business Registration Number (BRN) adalah maklumat nombor pendaftaran perniagaan majikan yang didaftarkan oleh majikan ketika pembukaan akaun semasa syarikat di bank.

- Majikan perlu mengisi Borang BRN yang perlu dimuat turun dari capaian laman sesawang prihatin.perkeso.gov.my dan memuat-naik kembali ke laman sesawang tersebut setelah ianya dilengkapkan.

- Maklumat Akaun Bank dan BRN syarikat seperti di atas diperlukan bagi tujuan pembayaran terus ke akaun majikan secara Electronic Fund Transfer (EFT).

7. Apakah Akuan Pengisytiharan PSU50?

Akuan Pengisytiharan PSU50 ialah suatu dokumen pengesahan dan akujanji secara bertulis bahawa majikan mengesahkan atau mengisytihar perkara-perkara yang terkandung di dalamnya adalah benar dan betul bagi tujuan permohonan Program

Subsidi Upah.

8. Kenapakah pekerja yang bergaji RM4,000 ke atas tidak diliputi di bawah Program Subsidi Upah walaupun membuat caruman bulanan Perkeso?

Program Subsidi Upah adalah peruntukan daripada Kerajaan yang disalurkan melalui Pakej Rangsangan Ekonomi (Prihatin) untuk membantu majikan yang terkesan akibat krisis Covid-19 untuk meneruskan pengoperasian dan mengekalkan pekerja

mereka. Program ini juga adalah untuk lebih membantu pekerja dalam golongan B40 yang berpendapatan RM4,000 dan ke bawah.

9. Bagi permohonan Program Subsidi Upah bulan berikutnya, adakah majikan perlu mengemukakan permohonan yang baru bagi tuntutan yang seterusnya?

Majikan tidak perlu mengemukakan permohonan Program Subsidi Upah yang baru bagi tuntutan kedua dan ketiga. Walau bagaimanapun, majikan dikehendaki mengemaskini perubahan maklumat bagi tuntutan kedua dan ketiga sekiranya berlaku apa-apa perubahan kepada status perniagaan atau bilangan pekerja yang layak melalui sistem. Kegagalan majikan tidak melaporkan perubahan tersebut boleh dikenakan tindakan undang-undang.

10. Bolehkah majikan yang telah beroperasi sebelum 1 Januari 2020 tetapi tidak berdaftar dengan PERKESO memohon Program Subsidi Upah?

Boleh. Mana-mana majikan yang ingin mengemukakan permohonan Program Subsidi Upah tetapi masih belum berdaftar dengan Perkeso, hendaklah memenuhi syarat berikut:

i. Telah berdaftar dengan SSM, PBT atau pihak berkuasa Perkhidmatan Profesional, Saintifik atau Teknikal sebelum 1 Januari 2020

ii. Mempunyai sekurang-kurangnya seorang pekerja

iii. Mendaftar dengan Perkeso

11. Bolehkah majikan yang telah menerima ERP mengemukakan permohonan Program Subsidi Upah?

Boleh. Majikan yang memenuhi syarat-syarat permohonan Program Subsidi Upah yang telah ditetapkan seperti di Jadual 1 (Soalan 3) boleh mengemukakan permohonan walaupun telah menerima ERP sebelum ini. Namun demikian, syarikat tidak boleh membuat tuntutan Program Subsidi Upah bagi pekerja yang telah menerima bantuan ERP pada bulan yang sama.

12. Bolehkah majikan memohon semula Program Subsidi Upah yang terkini (6 April 2020) sekiranya majikan telah memohon Program Subsidi Upah yang telah diumumkan sebelum ini (27 Mac 2020)?

Boleh. Bagi majikan yang telah mengemukakan permohonan Program Subsidi Upah yang selaras dengan pengumuman pada 27 Mac 2020 dan mempunyai pekerja melebihi 100 orang, majikan kini boleh mengemukakan permohonan baru bagi baki

pekerja dengan jumlah had tidak melebihi 200 orang. Syarat-syarat permohonan adalah seperti di Jadual 1 (Soalan 3).

13. Bagaimanakah perusahaan yang bersaiz 76 orang pekerja dan ke atas hendak membuktikan kadar penurunan pendapatan atau jualan sebanyak 50% atau lebih?

Majikan boleh membuktikan penurunan sebanyak 50% atau lebih dengan dokumen sokongan yang menunjukkan hasil jumlah jualan atau pendapatan pada bulan Januari 2020 berbanding bulan-bulan berikutnya.

14. Syarikat saya mempunyai pelbagai Jabatan/ Bahagian/ Cawangan/ Unit. Bolehkah saya memilih sebahagian pekerja sahaja daripada Jabatan/ Bahagian/ Cawangan/ Unit yang tertentu untuk permohonan Program Subsidi Upah?

Boleh. Majikan boleh memilih mana-mana pekerja tempatan yang bergaji RM4,000 dan ke bawah untuk mendapat subsidi upah tersebut.

15. Sekiranya majikan mengemukakan permohonan Program Subsidi Upah pada bulan Jun, adakah subsidi upah akan dibayar dari bulan April (backdated) atau bermula pada bulan Jun?

Subsidi upah akan dibayar mulai dari bulan permohonan dikemukakan dan tiada pembayaran bulanan ke belakang (backdated).

16. Sekiranya saya tidak mengemukakan permohonan Program Subsidi Upah, adakah saya boleh memberhentikan pekerja saya pada bila–bila masa?

Boleh. Walau bagaimanapun, mana-mana majikan yang ingin memberhentikan pekerja adalah tertakluk di bawah semua Peraturan dan Undang-Undang Perburuhan di Malaysia seperti Akta Kerja 1955 dan Akta Perhubungan Perusahaan 1967.

17. Salah satu syarat kelayakan bagi Program Subsidi Upah ialah majikan perlu mengekalkan pekerja selama 6 bulan. Sekiranya terdapat pekerja yang berhenti secara sukarela dengan majikan dan menerima subsidi upah sebelum ini, adakah majikan perlu mengemukakan permohonan yang baru?

Tidak. Sekiranya pemberhentian sukarela pekerja berlaku dalam tempoh 3 bulan pertama Program Subsidi Upah, majikan hanya perlu mengemaskini maklumat pekerja mengikut kelayakan di sistem. Kegagalan majikan tidak melaporkan

perubahan tersebut boleh dikenakan tindakan undang-undang.

18. Adakah pekerja saya mempunyai hak untuk mengemukakan permohonan Program Subsidi Upah bagi diri sendiri?

Tidak. Semua permohonan Program Subsidi Upah mestilah dikemukakanoleh majikan.

19. Bagaimanakah majikan akan dapat mengetahui sama ada permohonan subsidi upah telah diluluskan atau ditolak?

Majikan akan dimaklumkan status permohonan sama ada diluluskan atau ditolak melalui emel. Senarai nama majikan yang diluluskan permohonan Program Subsidi Upah juga akan dipaparkan di laman web Perkeso; eiscentre.perkeso.gov.my

termasuk bilangan pekerja yang diluluskan.

20. Apakah tafsiran gaji atau pendapatan RM4,000 ke bawah yang dimaksudkan bagi permohonan Program Subsidi Upah ini?

Tafsiran gaji atau pendapatan adalah mengikut tafsiran gaji di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 [Akta 4]. Semua pembayaran berbentuk wang kepada pekerja dianggap sebagai gaji seperti Gaji pokok / Kerja lebih masa / Komisen / Bayaran-bayaran sewaktu cuti tahunan, sakit, bersalin, rehat, kelepasan am dan sebagainya / Elaunelaun insentif, kelakuan baik, sara hidup dan sebagainya / Caj perkhidmatan (Service Charge).

21. Bagaimanakah cara untuk saya membayar gaji kepada pekerja saya, sekiranya menyertai Program Subsidi Upah?

Majikan hendaklah membayar gaji pekerja seperti biasa dengan kadar yang sama dan kemudian mengemukakan permohonan Program Subsidi Upah kepada Perkeso. Bantuan subsidi upah yang diterima dari Perkeso adalah bantuan

kewangan kepada majikan. Bayaran caruman Perkeso dan SIP adalah wajib diteruskan berdasarkan gaji sebenar pekerja.

22. Sekiranya seorang pekerja bekerja dengan Syarikat A dan Syarikat B dan mencarum kepada Perkeso, adakah kedua-dua syarikat layak untuk memohon Program Subsidi Upah?

Ya. Kedua-dua syarikat layak untuk memohon Program Subsidi Upah bagi pekerja yang sama selagi mematuhi syarat-syarat kelayakan seperti di Jadual 1 (Soalan 3).

23. Syarikat saya mempunyai pekerja warganegara Malaysia dan juga pekerja bukan warganegara tetapi belum mendaftar dengan Perkeso. Bolehkah saya mendaftar dengan Perkeso dan memohon Program Subsidi Upah bagi pihak pekerja warganegara Malaysia sahaja?

Boleh. Majikan perlu mendaftar atau mencarum terlebih dahulu dengan Perkeso sebelum mengemukakan permohonan Program Subsidi Upah. Permohonan ini hanya layak untuk pekerja warganegara Malaysia sahaja. Majikan juga perlu mengisytihar jumlah bilangan pekerja warganegara Malaysia dan pekerja bukan warganegara.

25. Sijil kompetensi saya sebagai AGTES tamat semasa tempoh PKP dan saya tidak dapat memperbaharui sijil tersebut?

AGTES yang tamat tempoh sah laku sijil kompetensinya semasa tempoh PKP adalah dianggap dilanjutkan secara automatik sehingga 90 hari daripada tarikh akhir PKP. Walaubagaimanapun, AGTES perlu memaklumkan kepada pihak JKKP untuk tujuan rekod.

26. Bagaimana untuk saya maklumkan notifikasi di atas kepada JKKP?

Bagi notifikasi kepada JKKP, AGTES dikehendaki untuk mengisi maklumat berkaitan di dalam Google Form yang boleh dicapai melalui pautan https://forms.gle/fgd6hxQXKE6gvoEE6.

27. Selepas tamat tempoh PKP, adakah AGTES boleh meneruskan kerja saya?

AGTES yang tamat tempoh sah sijilnya dalam tempoh PKP, dibenarkan meneruskan aktiviti kerja selama 90 hari sahaja selepas tamat tempoh PKP. Pada masa yang sama, AGTES dikehendaki mengemukakan permohonan pembaharuan pendaftaran melalui sistem MyKKP.

28. Adakah AGTES yang telah tamat tempoh pendaftaran sebelum tempoh PKP dibenarkan menjalankan kerja?

Tidak dibenarkan. Lanjutan secara automatik ini hanya untuk AGTES yang tarikh sijil pendaftarannya tamat semasa tempoh PKP sahaja.

29. Kursus refresher AGTES tidak dapat dihadiri atau dibatalkan kerana PKP. Adakah pembaharuan OYK AGTES boleh dibuat tanpa sijil kursus refresher?

Tidak boleh. AGTES perlu mendapatkan sijil kursus refresher AGTES terlebih dahulu sebelum membuat permohonan pembaharuan.

30. Kad Perakuan AESP saya tamat semasa tempoh PKP dan saya tidak dapat hadiri kursus refresher AESP.

Kad Perakuan AESP yang tamat tempoh sah semasa tempoh PKP adalah dianggap dilanjutkan secara automatik sehingga 90 hari daripada tarikh akhir PKP.

31. Bagi AESP, adakah saya perlu maklumkan kepada JKKP?

Tidak perlu. Majikan bertanggungjawab memastikan pematuhan program masuk ruang terkurung yang ditetapkan di bawah Tataamalan Industri Bekerja Selamat di Dalam Ruang Terkurung 2010 dipenuhi sebelum memberi kebenaran kepada AESP

menjalankan kerja.

32. Adakah Pusat Pengajar (AESP/AGTES) boleh menjalankan latihan sepanjang tempoh PKP?

Tidak dibenarkan. Pusat Pengajar tidak termasuk dalam senarai Perkhidmatan Perlu (Essential Services) dibawah perlaksanaan PKP.

33. Kelulusan Pusat Pengajar (AESP/AGTES) yang dikendalikan oleh syarikat saya tamat semasa tempoh PKP. Apa yang perlu saya lakukan?

Pusat Pengajar (AESP/AGTES) boleh mengemukakan permohonan pembaharuan melalui emel kepada Bahagian Higien Industri dan Ergonomik (BHIE), JKKP.

34. Untuk pertanyaan lanjut, dengan siapa saya boleh berhubung berkaitan perkhidmatan JKKP?

Sebarang pertanyaan lanjut boleh dibuat menerusi e-mel: projkkp@mohr.gov.my

35. Adakah perkhidmatan helpdesk SKUD beroperasi?

Perkhidmatan helpdesk SKUD beroperasi seperti biasa melalui telefon, e-mel dan laman web (8.00 pagi – 5.00 petang).

Tel: 03 8886 5353 Email: skudsupport@mohr.gov.myLaman web: skud.dosh.gov.my:88

36. Adakah Covid-19 merupakan penyakit pekerjaan yang perlu dilaporkan kepada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)?

Berdasarkan Peraturan-Peraturan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (Pemberitahuan Mengenai Kemalangan, Kejadian Berbahaya, Keracunan Pekerjaan Dan Penyakit Pekerjaan) 2004 (NADOPOD), Covid-19 boleh dikategorikan sebagai penyakit pekerjaan sebagaimana dinyatakan dalam Item 7, Jadual 3. Pekerjaan yang termasuk dalam Item 7, Jadual 3 adalah bekerja dengan aktiviti melibatkan pendedahan secara langsung kepada virus Covid-19. Contoh pekerjaan dalam kategori ini termasuklah: doktor, jururawat, pekerja makmal dan penyelidik.Sehubungan dengan itu majikan dan pengamal perubatan wajib melaporkan kepada JKKP kes penyakit Covid-19 yang berlaku di kalangan pekerja yang bekerja dengan aktiviti kerja yang melibatkan pendedahan secara langsung kepada virus Covid-19. Pelaporan hendaklah dibuat secara atas talian menerusi pautan berikut: http://ejkkp7.dosh.gov.my/ejkkp7

37. Pekerja A dan Pekerja B merupakan operator pengeluaran di sebuah kilang elektronik. Pekerja A telah dijangkiti Covid-19 berpunca daripada pendedahan di luar tempat kerja. Pekerja B pula telah mendapat jangkitan berpunca daripada pekerja A melalui interaksi di tempat kerja. Adakah kedua-dua kes ini merupakan penyakit pekerjaan?

Kedua-dua kes tersebut bukan merupakan penyakit pekerjaan di bawah Peraturan NADOPOD kerana skop kerja mereka tidak melibatkan pendedahan secara langsung kepada virus Covid-19.

38. Apakah status pemeriksaan ulangan kilang yang tarikhnya jatuh dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ATAU jentera berperakuan yang tarikh sah laku sijil perakuan kelayakannya (CF) tamat sepanjang tempoh PKP?

a) Selaras dengan PKP yang bermula 18 Mac 2020, pemeriksaan ulangan kilang ATAU jentera berperakuan kelayakan dalam kategori tersebut adalah DITANGGUHKAN sehingga 3 bulan daripada tarikh pemeriksaan ulangan kilang dan tarikh tamat sah laku sijil perakuan jentera berkenaan.Penangguhan pemeriksaan ulangan ini dibuat berdasarkan peruntukan Peraturan 15(1), Peraturan – Peraturan (Pemberitahuan, Sijil Perakuan Kelayakan dan Pemeriksaan) Kilang dan Jentera 1970. ATAU

b) Pengarah Bahagian / Negeri boleh membenarkan pemeriksaan berkanun dijalankan atas sebab – sebab keselamatan yang kritikal, tetapi masih tertakluk kepada arahan terkini Majlis Keselamatan Negara.

39. Bagaimana kaedah pelaksanaan pembentangan laporan, temuduga atau verifikasi Orang Yang Kompeten (OYK) pada tempoh PKP?

Bagi kompetensi berikut:

• Pengapit CHRA

• Penaksir IAQ

• Juruteknik Higien 1

• Juruteknik Higien 2

• Pegawai Keselamatan dan Kesihatan (SHO)

• Penaksir Risiko Bising

Pemohon akan diberikan 2 pilihan:

Pilihan 1: Kaedah pembentangan laporan, temuduga atau verifikasi menggunakan kaedah alternatif yang sesuai seperti telesidang atau temubual menerusi telefon dalam tempoh PKP.

Pilihan 2: Sekiranya kaedah Pilihan 1 tidak dapat dilaksanakan sepanjang tempoh PKP, sesi pembentangan laporan, temuduga atau verifikasi akan dijadualkan semula selepas tamat tempoh PKP.

Bagi kompetensi selain yang dinyatakan, akan ditangguhkan ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.