Sans Wellness bawa terapi semulajadi ke tahap lebih tinggi

KUALA LUMPUR – Bermula sebagai sebuah salon kecantikan kecil lebih dua dekad lalu, Sans Wellness kini berkembang menjadi pusat kesejahteraan komprehensif yang menggabungkan terapi semulajadi dan teknologi moden dalam usaha membantu masyarakat mencapai gaya hidup sihat.
Diasaskan oleh Dr Grace Tan San Chin pada tahun 2000, jenama itu terus melakar perjalanan tersendiri dalam industri kesihatan dan kecantikan dengan memberi tumpuan kepada pendekatan holistik serta penyelesaian inovatif.
Menurut Dr Grace, sepanjang 25 tahun penubuhannya, Sans Wellness telah berkhidmat kepada lebih 100,000 pelanggan yang mendapatkan rawatan serta bimbingan kesejahteraan.
“Selepas 25 tahun pembangunan dan inovasi, Sans Wellness telah membina empat tonggak utama iaitu sebagai pusat penjagaan profesional, Sans Retreat untuk pemulihan dan bimbingan kesejahteraan peribadi serta kursus pendidikan kesejahteraan sistematik.
“Kesemua ini menawarkan spektrum penuh pengalaman pengurusan kesihatan kepada pelanggan,” katanya.
Beliau berkata, antara kekuatan utama Sans Wellness adalah keupayaan mengintegrasikan terapi semulajadi dengan teknologi moden, termasuk memperkenalkan terapi Genkilogy yang telah dipatenkan.
Dalam perkembangan sama, usaha berterusan itu turut mendapat pengiktirafan apabila Sans Wellness diiktiraf oleh The Asia Records sebagai Pusat Kesejahteraan Terapi Semulajadi Terbesar di Asia bagi tahun 2025.
Menurut Dr Grace, pengiktirafan tersebut menjadi bukti kepada dedikasi pusat itu dalam memperkukuh standard profesionalisme, inovasi serta komitmen terhadap kesihatan pelanggan.
“Malah, ia mengesahkan usaha kami selama ini dalam membangunkan penyelesaian kesihatan yang lebih berkesan dan berkualiti tinggi,” ujarnya.

Tambah beliau, pihaknya akan terus memperluaskan perkhidmatan dengan menggabungkan penyembuhan semulajadi dan teknologi moden agar lebih ramai masyarakat dapat menikmati manfaat gaya hidup sihat.
“Kami mahu membawakan kesejahteraan kepada lebih banyak keluarga dan menjadikan gaya hidup sihat mudah dicapai oleh semua orang,” katanya.
Sans Wellness turut disenaraikan dalam Asia Record Book of Achievements 2025/2026 yang boleh didapati di kedai buku utama serta laman sesawang rasmi mereka.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

