TNB hormati proses undang-undang, zahir simpati mangsa kes Lembah Bertam

Kenyataan TNB berhubung kejadian banjir yang berlaku di Lembah Bertam.
Kenyataan TNB berhubung kejadian banjir yang berlaku di Lembah Bertam.
A
A
A

SHAH ALAM - Tenaga Nasional Berhad (TNB) menghormati proses undang-undang susulan keputusan Mahkamah Tinggi Seremban pada Selasa melibatkan kejadian banjir yang berlaku di Lembah Bertam, Cameron Highlands pada 2013.

Dalam satu kenyataan, TNB memaklumkan memahami bahawa keputusan tersebut melibatkan taksiran ganti rugi susulan keputusan mahkamah terdahulu berkaitan liabiliti.

"TNB menzahirkan simpati kepada individu serta keluarga yang terjejas, yang telah melalui tempoh panjang dan mencabar sepanjang prosiding kes ini.

"TNB kekal komited untuk terus beroperasi secara bertanggungjawab selaras dengan undang-undang," katanya pada Rabu.

Sebelum ini, media melaporkan TNB diperintahkan untuk membayar RM4.7 juta kepada 100 orang penduduk Lembah Bertam, Cameron Highlands yang terjejas akibat banjir kira-kira 13 tahun lepas.

Tambah kenyataan itu lagi, aspek keselamatan, pemantauan serta keupayaan tindak balas kecemasan akan terus dipertingkatkan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!