Tujuh bandar Jepun diisytihar darurat sebulan

Orang ramai diberikan pensanitasi tangan sebagai langkah mencegah penularan Covid-19 di Jepun.
Orang ramai diberikan pensanitasi tangan sebagai langkah mencegah penularan Covid-19 di Jepun.
A
A
A

TOKYO - Perdana Menteri Shinzo Abe hari ini mengumumkan darurat selama sebulan di tujuh bandar raya di Jepun susulan penularan Covid-19, lapor agensi berita Sputnik.

Menurut Abe, darurat dikuatkuasakan di Tokyo, Osaka, Kanagawa, Saitama, Chiba, Hyogo dan Fukuoka.

Jepun setakat ini mengesahkan 4,845 kes Covid-19 dengan angka kematian mencecah 108 orang. Seramai 1,211 pesakit sembuh. - Bernama

Artikel Berkaitan: