Kediaman rasmi, Balai Undang Sungei Ujong jadi tumpuan pengamal media

Balai Undang Sungei Ujong
Balai Undang Sungei Ujong
A
A
A

SEREMBAN - Lebih 20 pengamal media berkumpul di kediaman rasmi dan Balai Undang Sungei Ujong di sini susulan dakwaan notis pengosongan premis berkenaan.

Kediaman rasmi itu didiami oleh Datuk Klana Petra, Datuk Mubarak Dohak, iaitu Undang Sungei Ujong ke-10.

Difahamkan, surat dipercayai dikeluarkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan mengarahkan beliau mengosongkan kediaman tersebut.

Tinjauan pemberita di lokasi mendapati kehadiran seorang petugas pejabat SUK telah menyerahkan surat kepada wakil kediaman itu pada kira-kira 5 petang namun kandungannya tidak didedahkan.

Dewan Keadilan dan Undang sebelum ini dilaporkan menerima pemberhentian Mubarak sebagai penyandang pesaka Undang Luak Sungei Ujong ke-10. - Bernama

 

 

 

 

Artikel Berkaitan:

 

 

 

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!