Kreatif mencanting batik

MERSING - Nadia Mohd Fuzi, 39, tekun melakukan kerja-kerja mencanting batik dengan corak yang menarik, kreatif dan halus yang diusahakannya di Rumah Batik Sri Wangsa, baru-baru ini.
Di sebalik helaian kain yang dicorak, industri batik di sini bukan sekadar perniagaan, sebaliknya menjadi medium menghidupkan warisan, seni dan pendidikan yang menyatukan komuniti.
Nadia memulakan perniagaan itu dengan modal sendiri dianggarkan RM80,000, didorong minat serta keyakinan terhadap industri yang mempunyai ‘niche’ tersendiri. - Foto Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
