Himpunan Tangkap Azam Baki dikejutkan letupan mercun, hadapan Sogo bertukar kecoh

Keadaan tenang awalnya dengan ucapan beberapa individu kemudian disusuli dengan bunyi letupan kuat dipercayai akibat mercun.
Keadaan tenang awalnya dengan ucapan beberapa individu kemudian disusuli dengan bunyi letupan kuat dipercayai akibat mercun.
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Kekecohan berlaku di Himpunan Tangkap Azam Baki selepas mercun meletup di pekarangan hadapan pusat beli-belah Sogo di sini pada Sabtu.

Kejadian berlaku kira-kira jam 3.30 petang ketika ucapan kumpulan mahasiswa di atas pacuan empat roda.

Sinar Harian yang berada di lokasi mendapati beberapa letupan itu telah terkena ke kawasan premis kedai.

Difahamkan terdapat peserta yang cedera, bagaimanapun status terkini belum dapat dipastikan.

Kawasan letupan itu kemudian telah ditutup oleh pegawai polis dengan tali pita kuning untuk siasatan lanjut.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!