Daun, bunga segar 'eco-print' fabrik bernilai tinggi

PONTIAN - Bermula daripada eksperimen dan minat mendalam terhadap alam semula jadi, Misbaahussalam Zakaria memanfaatkan daun dan bunga menjadi 'alat cetak' bagi menghasilkan seni cetakan fabrik bernilai tinggi.
Usahawan kraf berusia 32 tahun ini menggunakan teknik eco-print, iaitu corak pada fabrik dihasilkan tanpa menggunakan lilin seperti kelaziman batik cetak.
"Ramai orang nampak hasil macam batik, tapi sebenarnya ini eco-print. Kita guna daun dan bunga untuk hasilkan corak pada kain," katanya kepada Bernama, ketika ditemui di kediamannya di Taman Maju Emas, Api-Api. - Foto Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
