Pengurus jualan direman tiga hari disyaki kemuka tuntutan palsu RM54,000
Pengurus jualan direman tiga hari disyaki kemuka tuntutan palsu RM54,000
Seorang pengurus jualan sebuah syarikat pembekal barangan kesihatan direman tiga hari sehingga Khamis kerana disyaki mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu membabitkan tuntutan kira-kira RM54,000.
Perintah reman terhadap lelaki berusia lingkungan 40-an itu dikeluarkan oleh Hakim Noor Zaihan Mohamad Ali di Mahkamah Raub pada pagi Selasa selepas permohonan dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/776782/berita/semasa/pengurus-jualan-direman-tiga-hari-disyaki-kemuka-tuntutan-palsu-rm54000
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Reman #Rasuah
