Kumpulan pertama jemaah haji

No Image Caption
A
A
A

SEPANG -  Sebanyak 284 jemaah haji Malaysia berlepas ke Tanah Suci awal pagi ini, menandakan bermulanya musim haji bagi 1447H/2026M.

Kumpulan pertama itu berlepas dari Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 4.05 pagi menaiki pesawat Malaysia Airlines MH8050 dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammad Bin Abdulaziz, Madinah pada 7.50 pagi waktu tempatan (Arab Saudi), hari yang sama.

Mereka terdiri daripada 141 jemaah yang berlepas dari stesen Alor Setar di Kedah dan 143 jemaah dari stesen Sepang. -  Foto Bernama 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!