Rezeki ubi gegeli

KOTA BHARU - Walaupun cuaca panas yang melanda negara pada ketika ini memberikan cabaran kepada orang ramai, namun keadaan itu juga membuka peluang kepada sebahagian masyarakat untuk menambah pendapatan seharian mereka.
Pasangan suami isteri, Zulkhairul Anuar Abu Bakar, 51, dan isterinya Roselina Zakaria, 47, menjemur ubi gegeli yang telah siap dipotong ketika ditemui Bernama di Kampung Permatang Pusu, Melor baru-baru ini.
Keadaan yang cuaca panas masa ini membantu mempercepat proses pengeringan ubi gegeli sekali gus membolehkan pengeluaran dilakukan dengan lebih efisien bagi memenuhi permintaan pelanggan.- Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
