'Saya mahu beri kesenangan pada emak, ayah OKU dan nenek pejuang kanser'
09 April 2026 | Berita Semasa Video
A
A
A
Ujian demi ujian yang menimpa keluarganya sejak kecil tidak pernah mematahkan semangat Mohamad Shaqir Azani Mohamad Shahir, 18 tahun, untuk mengubah nasib hidupnya dengan belajar bersungguh-sungguh bagi memperoleh keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Berkat kesungguhan anak kategori asnaf ini, dia berjaya memperoleh keputusan 6A+, 1A dan 2A-, sekaligus menjadi hadiah paling teristimewa buat ibu serta bapanya yang merupakan OKU dan neneknya yang kini bertarung dengan tiga jenis kanser.
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #SPM #Cemerlang #Asnaf
