Semua calon cemerlang 10A SPM 2025 ditawar program matrikulasi - KPM

KPM memaklumkan tawaran automatik itu diberikan kepada semua calon yang memohon program berkenaan tanpa mengambil kira kaum dan latar belakang. Gambar hiasan. Gambar fail
KPM memaklumkan tawaran automatik itu diberikan kepada semua calon yang memohon program berkenaan tanpa mengambil kira kaum dan latar belakang. Gambar hiasan. Gambar fail
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan (KPM) akan menawarkan tempat kepada semua 6,717 calon yang memperoleh keputusan cemerlang 10A ke atas dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 ke Program Matrikulasi bagi sesi 2026/2027.

Dalam kenyataan hari ini, KPM memaklumkan tawaran automatik itu diberikan kepada semua calon yang memohon program berkenaan tanpa mengambil kira kaum dan latar belakang.

"Pada masa sama, kuota kemasukan 90 peratus bumiputera ke program Matrikulasi kekal dan tidak terjejas,” menurut kenyataan itu. - Bernama 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!