PGA serbu rumah rampas arak tidak bercukai bernilai hampir RM1 juta

Ratusan kotak arak tidak bercukai dirampas dalam operasi oleh Batalion 5 Pasukan Gerakan Am di Taman Utama Pekan Nenas.
Ratusan kotak arak tidak bercukai dirampas dalam operasi oleh Batalion 5 Pasukan Gerakan Am di Taman Utama Pekan Nenas.
A
A
A

PONTIAN – Tiga lelaki warga asing ditahan selepas polis menyerbu sebuah rumah yang dijadikan stor penyimpanan arak tidak bercukai, berserta sebuah kenderaan, dengan nilai keseluruhan rampasan RM952,000.

Serbuan kira-kira jam 12 tengah hari pada Sabtu lalu di Taman Utama Pekan Nanas dilakukan sepasukan pegawai dan anggota Batalion 5 Pasukan Gerakan Am (PGA) menerusi Operasi Taring Alpha 2.

Pegawai Pemerintah Batalion 5 PGA, Superintendan Salehin Suleiman berkata, dalam operasi berkenaan, tiga lelaki warga Myanmar berusia antara 24 hingga 33 tahun ditahan.

Ratusan kotak arak tidak bercukai dirampas dalam operasi oleh Batalion 5 Pasukan Gerakan Am di Taman Utama Pekan Nenas.
Ratusan kotak arak tidak bercukai dirampas dalam operasi oleh Batalion 5 Pasukan Gerakan Am di Taman Utama Pekan Nenas.

"Rumah kediaman itu di sewa untuk dijadikan stor penyimpanan sebelum bekalan diedarkan mengikut pesanan sekitar daerah Pontian.

"Ratusan kotak arak pelbagai jenama dipercayai tidak bercukai dan sebuah Proton Exora dirampas. Kes disiasat mengikut Akta Kastam 1967," katanya.

 

 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!