Trump beri amaran berulang 48 jam

Ultimatum selama 10 hari yang diberikan Trump hampir tamat.
Ultimatum selama 10 hari yang diberikan Trump hampir tamat.
A
A
A

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada Sabtu kembali mengeluarkan retorik ugutan terhadap Iran dengan memberi tempoh 48 jam agar membuka semula Selat Hormuz atau berdepan akibat yang dahsyat.

Trump yang berulang kali membuat pusingan U sejak perang ganas itu meletus pada 28 Februari lalu telah menetapkan tarikh akhir baharu kepada Teheran setelah konflik tersebut yang berlarutan lebih sebulan tidak menunjukkan akan reda dalam masa terdekat.

"Masa kian suntuk. Tempoh 10 hari yang saya berikan sebelum ini untuk capai perjanjian atau buka semula Selat Hormuz hampir tamat," menurut catatannya di platform Truth Social.

Susulan ultimatum terbaru Trump, seorang pegawai kanan pertahanan Israel cuba menambah bara api apabila menyatakan bahawa Israel sedang menunggu lampu hijau dari Washington untuk menyerang fasiliti tenaga Iran tanpa menghiraukan amaran keras Teheran yang berikrar akan bertindak balas lebih agresif jika musuh melampaui batas.

Pusat Perintah Tentera Iran dalam satu kenyataan bagaimanapun menolak ancaman berulang Trump bersama sekutunya.

Jeneral Ali Abdollahi Aliabadi di Markas Pusat Khatam al-Anbiya menyifatkan, ugutan Trump sebagai satu tindakan 'tidak berdaya, gelisah, tidak seimbang dan kurang bijak'. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!