Ahli Majlis MBSA ingkar PKP akan dituduh di mahkamah

Laporan Sinar Harian semalam.
Laporan Sinar Harian semalam.
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bersama tiga rakannya yang ditahan polis kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sewaktu bermain badminton di sebuah dewan di Seksyen 23 Shah Alam akan dituduh di mahkamah dalam masa terdekat.

Jurucakap Khas Op Covid-19 Polis Selangor, Asisten Komisioner Mohd Ismail Muslim berkata, siasatan telah selesai dilakukan pihaknya.

"Ahli majlis terbabit bersama rakannya itu telah dibebaskan dengan ikat jamin polis.

"Kita telah kemas kini kertas siasatan untuk rujuk ke pihak pendakwa raya bagi pertuduhan. Mereka akan dituduh dalam masa terdekat," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Beliau berkata, siasatan dibuat mengikut Seksyen Peraturan 11(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020 dan Seksyen 269 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, empat individu terbabit difahamkan bermain badminton pada kelmarin.

Salah seorangnya adalah Ahli Majlis MBSA yang dilantik atas kapasiti politik.

Difahamkan tindakan dalaman juga akan diambil oleh Datuk Bandar MBSA terhadap individu berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Ahli Majlis MBSA, tiga rakan ditahan main badminton

Artikel Berkaitan: