[INFOGRAFIK] Penilaian SOTP oleh penganalisis dan harga sasasran bagi IJM

TAWARAN pengambilalihan bersyarat IJM Corporation Berhad oleh Sunway Berhad bukan bertujuan mengetepikan kepentingan bumiputera atau Melayu.
Pengasas dan Pengerusi Sunway Berhad, Tan Sri Dr Jeffrey Cheah sebaliknya berkata, ia sebagai langkah strategik untuk memperkukuh kedudukan kedua-dua pihak dalam landskap perniagaan yang semakin mencabar.
Malah menurut beliau, naratif perkauman yang dimainkan berhubung tawaran tersebut jelas tersasar, sedangkan langkah tersebut mencerminkan usaha mewujudkan platform baharu yang lebih kukuh, inklusif dan berdaya saing, sekali gus membuka ruang kepada pembangunan bersama yang lebih mampan.
BACA BERITA PENUH: Tawaran Sunway tidak jejaskan kepentingan bumiputera - Jeffrey
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
