'YAB PM, faham-fahamlah kenapa rakyat marah'- Hamzah Zainudin

Hamzah menunjukkan harga petrol dan diesel.
Hamzah menunjukkan harga petrol dan diesel.
A
A
A

SHAH ALAM- Rakyat mempunyai sebab untuk marah susulan kenaikan harga diesel yang mencatat paras tertinggi dalam sejarah.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, minggu lalu, harga diesel naik 80 sen dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta rakyat faham.

"Hari ini, naik lagi 50 sen kepada RM6.02, tertinggi dalam sejarah. Kenaikan ini menyebabkan kesan rantaian yang membebankan rakyat.

"YAB PM, faham-faham lah kenapa rakyat marah,"katanya menerusi hantaran di Facebook pada Rabu.

Terdahulu, harga runcit bagi diesel di Semenanjung terus meningkat pada RM6.02 seliter bagi tempoh 2 hingga 8 April susulan krisis tenaga dunia yang berlanjutan.

Ia menyaksikan peningkatan sebanyak 50 sen berbanding tempoh sebelumnya, RM5.52 seliter.

Kementerian Kewangan (MoF) menerusi kenyataan memaklumkan, krisis berkenaan telah mendorong lonjakan harga minyak mentah Brent global melebihi 40 peratus sehingga melepasi paras AS$100 setong.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Rakyat marah akibat kenaikan harga diesel tertinggi dalam sejarah.
  • Harga diesel naik 80 sen minggu lalu dan naik lagi 50 sen kepada RM6.02.
  • Kenaikan harga diesel menimbulkan kesan rantaian yang membebankan rakyat.
  • Harga runcit diesel di Semenanjung naik kepada RM6.02 seliter akibat krisis tenaga dunia.
  • Krisis tenaga global mendorong lonjakan harga minyak mentah Brent melebihi 40 peratus.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!