BNM pantau impak konflik Asia Barat, gangguan minyak potensi jejas ekonomiBank Negara Malaysia (BNM) terus memantau perkembangan konflik di Asia Barat yang semakin meruncing bagi memastikan Malaysia bersedia menghadapi cabaran mendatang tanpa mengabaikan keutamaan jangka panjang untuk meningkatkan prospek ekonomi dan mengekalkan daya tahan.Menerusi sidang akhbar Laporan Tinjauan Ekonomi dan Monetari 2025 pada Selasa, Gabenor BNM, Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour berkata,  ketegangan geopolitik di rantau itu boleh dengan pantas memberi kesan kepada pasaran tenaga global.Bagaimanapun Bank Pusat itu menjelaskan, Malaysia kini berada dalam keadaan ekonomi yang kukuh dalam memasuki tempoh kejutan harga minyak berikutan konflik di Asia Barat, disokong oleh permintaan dalam negeri yang teguh, inflasi yang sederhana, sektor kewangan yang mantap dan kedudukan luaran yang berdaya tahan.Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/773633/bisnes/bnm-nilai-risiko-impak-ekonomi-daripada-konflik-asia-baratCopyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.#SinarHarian #BeritaSemasa #BNM #Ekonomi #konflikAsiaBarat