Kes pemandu mabuk: Bantuan keluarga mangsa akan segera disalurkan- Ahli Parlimen Klang

Ganabatirau membuat hantaran di Facebook pada Selasa.
Ganabatirau membuat hantaran di Facebook pada Selasa.
A
A
A

SHAH ALAM - Penyaluran bantuan kepada keluarga mangsa penunggang motosikal, Amirul Hafiz Omar yang maut akibat dirempuh pemandu mabuk akan disegerakan.

Ahli Parlimen Klang, Ganabatirau Veraman berkata, pihaknya memberi jaminan berhubung perkara tersebut termasuk sokongan kebajikan bagi meringankan beban mereka.

"Dalam masa sama, Klang menyokong cadangan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook untuk memperketatkan undang-undang terhadap pemandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah.

"Kejadian yang meragut nyawa seperti ini bukan sekadar kemalangan, tetapi satu bentuk kecuaian serius yang tidak boleh diterima," katanya menerusi laman Facebook pada Selasa.

Sinar Harian pada Ahad melaporkan, seorang penunggang motosikal maut selepas dirempuh kereta dipandu individu di bawah pengaruh alkohol dan dadah dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Raya Barat, Klang, kira-kira jam 11.40 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey, berkata kemalangan itu melibatkan sebuah motosikal serta dua kereta iaitu Honda City dan Perodua Myvi.

Ganabatirau turut menggesa agar siasatan dijalankan dengan segera dan tindakan tegas diambil terhadap pesalah.

"Tiada kompromi apabila melibatkan nyawa rakyat," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Penyaluran bantuan kepada keluarga mangsa Amirul Hafiz Omar akan disegerakan.
  • Klang menyokong cadangan untuk memperketatkan undang-undang terhadap pemandu mabuk.
  • Kejadian ini disifatkan sebagai kecuaian serius dan tidak boleh diterima.
  • Kemalangan berlaku di Klang melibatkan tiga kenderaan, termasuk motosikal.
  • Ganabatirau gesa siasatan segera dan tindakan tegas terhadap pesalah.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!