NRES sedia laksana langkah intervensi tangani impak cuaca panas berpanjangan

Arthur. Foto: Bernama
Arthur. Foto: Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) bersedia melaksanakan langkah intervensi termasuk pembenihan awan, bagi menangani kesan cuaca panas yang kini melanda beberapa negeri di seluruh negara.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar, Datuk Seri Arthur Joseph Kurup berkata, tindakan berkenaan akan dilaksanakan mengikut keperluan semasa, berpandukan data serta laporan teknikal daripada agensi berkaitan bagi memastikan impak fenomena cuaca dapat dikawal, khususnya terhadap sektor seperti pertanian.

"Sekiranya perlu kita akan melaksanakan intervensi seperti pembenihan awan berdasarkan data yang diperoleh bagi memastikan tindakan diambil secara tepat dan berkesan,” katanya selepas menghadiri Program Forest Conservation Certificate (FCC) As Malaysia’s Trusted Platform For Conservation Finance di sini hari ini.

Arthur berkata, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) akan terus memainkan peranan penting dalam menyediakan maklumat cuaca yang tepat bagi menyokong tindakan susulan, sekali gus membantu agensi berkaitan serta orang awam membuat persediaan sewajarnya.

"Lebih-lebih lagi sekarang dalam keadaan ketidaktentuan iklim yang semakin berubah kita

mempunyai peranan penting untuk memberi amaran awal khususnya kepada jabatan berkaitan seperti Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Jabatan Pertanian supaya mereka boleh buat persediaan yang diperlukan,” katanya.

Sebelum ini, menurut MetMalaysia fenomena cuaca panas yang sedang melanda negara ketika ini dijangka berterusan hingga awal Monsun Barat Daya (MBD) pada Jun, susulan keadaan atmosfera lebih kering dan taburan hujan rendah. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam bersedia melaksanakan pembenihan awan untuk tangani cuaca panas.
  • Intervensi berdasarkan data dan laporan teknikal untuk kawal impak cuaca pada sektor pertanian.
  • Jabatan Meteorologi Malaysia akan terus sediakan maklumat cuaca tepat untuk sokong tindakan susulan.
  • Beri amaran awal kepada jabatan berkaitan seperti NADMA dan Jabatan Pertanian untuk persediaan.
  • Fenomena cuaca panas dijangka berterusan hingga awal Monsun Barat Daya pada Jun.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!