Pemandu mabuk, positif dadah rempuh penunggang motosikal tiada rekod lampau

Suspek yang dipercayai melanggar penunggang motosikal dalam kemalangan maut pada Ahad.
Suspek yang dipercayai melanggar penunggang motosikal dalam kemalangan maut pada Ahad.
A
A
A

KLANG – Seorang lelaki tempatan yang dipercayai memandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah sehingga menyebabkan kematian seorang penunggang motosikal dalam kemalangan di Jalan Raya Barat di sini, Ahad lalu, disahkan tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey berkata, setakat ini pihaknya sudah merakam tiga keterangan bagi membantu siasatan berhubung kejadian berkenaan.

"Tiada rekod lampau, tiga keterangan diambil setakat ini," katanya ringkas pada Isnin.

Terdahulu, lelaki berusia 20-an berkenaan direman empat hari bermula Ahad hingga 2 April bagi membantu siasatan lanjut.

Jit Huey berkata, perintah reman terhadap suspek dibenarkan oleh Majistret Siti Zubaidah Mahat.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan kejadian kira-kira jam 11.40 pagi itu melibatkan sebuah motosikal dan dua buah kereta.

Rakaman kejadian yang turut tular di media sosial itu memaparkan mangsa dirempuh sebuah kereta jenis Honda City dari arah Jalan Raya Barat menghala ke Bandar Klang dalam keadaan laju dan berbahaya.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Lelaki tempatan yang memandu di bawah pengaruh alkohol tiada rekod jenayah lampau.
  • Polis telah merakam tiga keterangan setakat ini.
  • Suspek direman empat hari untuk siasatan lanjut.
  • Perintah reman dibenarkan oleh Majistret Siti Zubaidah Mahat.
  • Kes disiasat di bawah Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!