Kerajaan kekal disiplin fiskal, Malaysia terus tarik pelabur meski ketegangan Asia Barat

Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan terus mengekalkan disiplin fiskal serta mengelakkan pembaziran dan ketirisan bagi memastikan momentum pertumbuhan ekonomi Malaysia kekal mampan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, Malaysia kekal sebagai destinasi pelaburan utama dan terus menarik minat pelabur, meskipun dunia berdepan ketidaktentuan serta konflik geopolitik yang berlarutan di Asia Barat.

"Insya-Allah, kita akan terus menjaga disiplin, mengelak keborosan, ketirisan dan menjaga supaya momentum pertumbuhan ekonomi Malaysia ini agak luar biasa, dan terkecuali kerana setelah melihat kemurungan yang berlaku di dunia.

"Kita lihat Malaysia ini masih menjadi pusat tarikan pelaburan yang sangat aktif sepertimana yang kita umumkan beberapa langkah setelah kemelut dan peperangan ini masih ramai (pelabur) yang datang,” katanya dalam perutusan khas pada Khamis.

Terdahulu, beliau mengumumkan penubuhan jawatankuasa khas bagi mengkaji kesan konflik melibatkan Amerika Syarikat dan Iran terhadap ekonomi negara susulan ketegangan geopolitik di Asia Barat.

Jawatankuasa khas itu akan dipengerusikan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan yang akan membuat penilaian bersama Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir dan menteri lain yang berkaitan. - Bernama

Ringkasan AI

  • Kerajaan akan terus mengekalkan disiplin fiskal mengelak pembaziran dan ketirisan untuk memastikan pertumbuhan ekonomi Malaysia mampan
  • Malaysia kekal destinasi pelaburan utama menarik minat pelabur meskipun konflik geopolitik
  • Perdana Menteri nyatakan Malaysia sebagai pusat tarikan pelaburan yang aktif
  • Penubuhan jawatankuasa khas untuk mengkaji kesan konflik Amerika Syarikat dan Iran terhadap ekonomi Malaysia
  • Jawatankuasa khas akan dipengerusikan oleh Menteri Kewangan II bersama Menteri Ekonomi dan menteri lain berkaitan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!