Konflik Asia Barat: Malaysia sokong peranan mediasi Pakistan

Anwar - Foto Bernama
Anwar - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Malaysia kekal berpendirian sebarang inisiatif ke arah menghentikan pertumpahan darah dan memulihkan kestabilan di Asia Barat wajar disokong sepenuhnya, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar menerusi hantaran di laman Facebook memaklumkan, pendirian itu dizahirkan dalam perbualan telefon beliau bersama rakan sejawatnya dari Pakistan, Shehbaz Sharif pada Khamis. 

Beliau berkata, Malaysia turut menyambut baik peranan mediasi yang dimainkan Pakistan dalam meredakan ketegangan konflik di rantau tersebut, termasuk usaha mempertemukan pihak berkepentingan.

"Kami turut mengambil kesempatan bertukar ucapan Aidilfitri, sambil mendoakan keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan buat seluruh rakyat di kedua-dua negara," katanya.

Semalam, Anwar menerusi satu video menyatakan bahawa Malaysia menyambut baik tawaran Pakistan untuk menganjurkan dialog antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran yang disifatkan bertepatan pada masanya dan konstruktif ketika ketegangan yang kian meruncing.

Menerusi video itu, Anwar memuji rakan sejawatnya, Shehbaz serta pemimpin negara-negara lain termasuk Oman yang tampil membantu mempermudah usaha diplomasi.

Ketegangan terus memuncak sejak Amerika Syarikat dsan Israel melancarkan serangan bersama ke atas Iran pada 28 Februari lepas.- Bernama

Ringkasan AI

  • Malaysia berpendirian inisiatif menghentikan pertumpahan darah di Asia Barat harus disokong
  • Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berbincang dengan Shehbaz Sharif dari Pakistan
  • Malaysia menyambut baik peranan mediasi Pakistan dalam meredakan ketegangan di Asia Barat
  • Anwar dan Shehbaz bertukar ucapan Aidilfitri dan mendoakan keamanan untuk kedua negara
  • Malaysia menyokong dialog antara Amerika Syarikat dan Iran yang diusulkan oleh Pakistan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!