Raja Perlis berangkat solat Al Istisqa’ di Arau, Perlis mohon hujan di tengah kemarau panjang
26 Mac 2026 | Berita Semasa Video
A
A
A
Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan berangkat menunaikan solat sunat Al-Istisqa’ bagi memohon hujan bersama hampir 1,000 jemaah terdiri daripada pemimpin dan rakyat negeri itu di Dataran Istiadat, Istana Arau, Perlis pada Khamis.
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dalam satu kenyataan memaklumkan turut berangkat menunaikan solat sunat bermula 8 pagi itu Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail serta Waris Yang Kedua Negeri Perlis, Syed Sirajuddin Areeb Putra Al-Haj Jamalullail.
#sinarharian #beritaterkini #perlis #solatistisqa #kemarau #hujan #rajaperlis
